MARDI Official Website          

CEKUR

RM10.00
Stocks Available: 3 item(s)
+
BBshoppe MARDI

PENGHANTARAN DAN PEMBELIAN HANYA UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA BUAT MASA INI

ANAK POKOK CEKUR 
  • Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu.
  • Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. 
  • Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu.  
  • Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan kemudian dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun pencecah yang lain. 
  • Secara tradisional, daun cekur digunakan untuk membuang angin di dalam badan. 
  • Air kencur dikatakan bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf. Baik bagi ibu mengandung dan juga ibu dalam pantang.

CARA PENANAMAN 

  • Gali lubang tanaman dan taburkan Dolomite + CIRP kira-kira 3 minggu sebelum menanam.
  • Masukkan tanah kompos ke dalam lubang dan gaulkan bersama tanah asal.
  • Potong polibeg dengan berhati-hati dan keluarkan anak benih tanpa merosakkan akar.
  • Letakkan anak benih ke dalam lubang dan tutup dengan tanah yang telah digaul.
  • Taburkan bahan organik di sekeliling pangkal pokok.
  • Pastikan jarak tanaman minimum 11 meter antara satu pokok dengan pokok yang lain.
  • Gunakan baja NPK 15:15:15 setiap 3 bulan bagi menyokong pertumbuhan vegetatif.
  • Apabila pokok mula berbunga atau berbuah, tukar kepada NPK 12:12:17 dan kurangkan baja subur.

Maklumat Pesanan, Penghantaran & Pemulangan

  • Setiap pesanan dihadkan kepada 1–3 pokok bagi setiap varieti.
  • Gambar produk bertujuan untuk rujukan sahaja (saiz anak benih mungkin berbeza mengikut stok semasa).
  • Pokok akan dibungkus dengan rapi di dalam kotak dan diikat dengan selamat sebelum dihantar.
  • Pesanan akan diproses dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
  • Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi dan kaedah penghantaran yang dipilih.
  • Kami menggalakkan pelanggan membuka bungkusan sebaik sahaja diterima.
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah (pokok rosak, mati atau tidak tepat), sila hubungi kami disertai gambar dan video.
  • Permintaan pemulangan boleh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
  • Pembatalan pesanan hanya dibenarkan sebelum barang dihantar.
  • Item yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan asal dan disertakan bukti pembelian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu berkaitan pesanan, sila hubungi pihak kami untuk tindakan lanjut.

Terima kasih.

No posts found

Have you used the product?

Tell us something about it and help others to make the right decision

Write a review
Nationwide Delivery

Fresh agro-products delivered across Malaysia!

Quality assurance and service

We offer only those goods, in which quality we are sure

Support Farmers

Empowering Malaysian farmers with every purchase!