DURIAN MASMUAR/IOI ( D168 )
PENGHANTARAN DAN PEMBELIAN HANYA UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA BUAT MASA INI
ANAK POKOK DURIAN MASMUAR/IOI ( D168 )
- Memiliki tekstur isi yang lebih cair daripada D24 atau Musang King, Durian ioi memiliki rasa manis, lemak dan beraroma sederhana.
- Berduri panjang dan lembut, kedudukan duri yang agak rapat, kulit nipis dan biji kecil.
- Memiliki kulit berwarna hijau perang.
- Kelebihan utama bagi varieti ini adalah ia mudah dibuka untuk dimakan.
- Isinya pula adalah berukuran sederhana besar, tekstur yang pejal dan berwarna kuning oren.
- Isinya sederhana tebal dengan rasa lemak manis dan sedikit pahit.
- Pembiakkan vegetatif melalui teknik cantuman mata tunas.
Cara Penanaman
- Gali lubang tanaman dan taburkan Dolomite + CIRP kira-kira 3 minggu sebelum menanam.
- Masukkan tanah kompos ke dalam lubang dan gaulkan bersama tanah asal.
- Potong polibeg dengan berhati-hati dan keluarkan anak benih tanpa merosakkan akar.
- Letakkan anak benih ke dalam lubang dan tutup dengan tanah yang telah digaul.
- Taburkan bahan organik di sekeliling pangkal pokok.
- Pastikan jarak tanaman minimum 11 meter antara satu pokok dengan pokok yang lain.
- Gunakan baja NPK 15:15:15 setiap 3 bulan bagi menyokong pertumbuhan vegetatif.
- Apabila pokok mula berbunga atau berbuah, tukar kepada NPK 12:12:17 dan kurangkan baja subur.
Maklumat Pesanan, Penghantaran & Pemulangan
- Setiap pesanan dihadkan kepada 1–3 pokok bagi setiap varieti.
- Gambar produk bertujuan untuk rujukan sahaja (saiz anak benih mungkin berbeza mengikut stok semasa).
- Pokok akan dibungkus dengan rapi di dalam kotak dan diikat dengan selamat sebelum dihantar.
- Pesanan akan diproses dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
- Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi dan kaedah penghantaran yang dipilih.
- Kami menggalakkan pelanggan membuka bungkusan sebaik sahaja diterima.
- Sekiranya terdapat sebarang masalah (pokok rosak, mati atau tidak tepat), sila hubungi kami disertai gambar dan video.
- Permintaan pemulangan boleh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
- Pembatalan pesanan hanya dibenarkan sebelum barang dihantar.
- Item yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan asal dan disertakan bukti pembelian.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu berkaitan pesanan, sila hubungi pihak kami untuk tindakan lanjut.
Terima kasih.




