MARDI Official Website          

DURIAN MARDI SUPER ( MS88 )

RM20.00
Out of stock
BBshoppe MARDI
PENGHANTARAN DAN PEMBELIAN HANYA UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA BUAT MASA INI
ANAK POKOK DURIAN MARDI SUPER 88
  • Isi kekuningan selain rasa lemak yang pekat, aroma sederhana kuat dan manis. 
  • Saiz buah sederhana berwarna kuning keemasan,kurang berair dan bertekstur halus dan pejal.
  • Boleh disimpan hingga empat hari dan mudah dibuka biarpun baru sehari gugur.
  • Durinya berwarna hijau kekuningan dan tangkai buahnya pendek.
  • Buahnya berbentuk bulat membujur dan kulit yang tebal.
  • Berbuah dipertengahan musim dengan hasil sederhana.
  • Mengeluarkan hasil seawal enam tahun dan mempunyai potensi hasil yang tinggi.
  • Pembiakkan vegetatif melalui teknik cantuman mata tunas.

Cara Penanaman 

  • Gali lubang tanaman dan taburkan Dolomite + CIRP kira-kira 3 minggu sebelum menanam.
  • Masukkan tanah kompos ke dalam lubang dan gaulkan bersama tanah asal.
  • Potong polibeg dengan berhati-hati dan keluarkan anak benih tanpa merosakkan akar.
  • Letakkan anak benih ke dalam lubang dan tutup dengan tanah yang telah digaul.
  • Taburkan bahan organik di sekeliling pangkal pokok.
  • Pastikan jarak tanaman minimum 11 meter antara satu pokok dengan pokok yang lain.
  • Gunakan baja NPK 15:15:15 setiap 3 bulan bagi menyokong pertumbuhan vegetatif.
  • Apabila pokok mula berbunga atau berbuah, tukar kepada NPK 12:12:17 dan kurangkan baja subur.

Maklumat Pesanan, Penghantaran & Pemulangan

  • Setiap pesanan dihadkan kepada 1–3 pokok bagi setiap varieti.
  • Gambar produk bertujuan untuk rujukan sahaja (saiz anak benih mungkin berbeza mengikut stok semasa).
  • Pokok akan dibungkus dengan rapi di dalam kotak dan diikat dengan selamat sebelum dihantar.
  • Pesanan akan diproses dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
  • Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi dan kaedah penghantaran yang dipilih.
  • Kami menggalakkan pelanggan membuka bungkusan sebaik sahaja diterima.
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah (pokok rosak, mati atau tidak tepat), sila hubungi kami disertai gambar dan video.
  • Permintaan pemulangan boleh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
  • Pembatalan pesanan hanya dibenarkan sebelum barang dihantar.
  • Item yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan asal dan disertakan bukti pembelian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu berkaitan pesanan, sila hubungi pihak kami untuk tindakan lanjut.

Terima kasih.

5.00
Average star rating
4 reviews
4 Stars
0
3 Stars
0
2 Stars
0
1 Star
0

Penghantaran laju ke P Pinang (1-1/2 hari). Anak2 pokok MS88 antara 18in ~ 24in tinggi, dlm keadaan baik. Boleh repeat order.

Pokok sampai dalam keadaan sihat, daun hijau subur. Sangat berpuas hati ..Insyaallah akan beli lagi.

The saplings arrived fresh and healthy, with strong roots and no damage. Packaging was secure and delivery was fast. Very satisfied with my purchase.

Anak pokok diterima dalam keaadan baik. Bungkusan sangat kemas dan penghantaran yang cepat .. Sangat berpuas hati, Inysaallah akan repeat order lagi.
Very Recommended !!

Have you used the product?

Tell us something about it and help others to make the right decision

Write a review
Nationwide Delivery

Fresh agro-products delivered across Malaysia!

Quality assurance and service

We offer only those goods, in which quality we are sure

Support Farmers

Empowering Malaysian farmers with every purchase!