MARDI Official Website          

DURIAN MUSANG KING D197

RM20.00
Out of stock
BBshoppe MARDI
PENGHANTARAN DAN PEMBELIAN HANYA UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA BUAT MASA INI
ANAK POKOK DURIAN MUSANG KING (D197)
  • Isi berwarna kuning keemasan dengan tekstur yang lembut dan berkrim.
  • Buah berbentuk bulat bujur, kulit berwarna hijau keperangan. 
  • Dagingnya mempunyai tekstur tebal dan berkrim yang digabungkan dengan rasa sangat manis dengan sedikit kepahitan.
  • Memiliki aroma yang kuat dan Ia juga mempunyai bau yang harum dan sedap dijadikan ais krim serta dimakan dengan pastri.
  • Mempunyai bentuk lebih bujur seperti bola ragbi, kulit hijau muda, 
  • Duri berbentuk seperti piramid kecil, bahagian bawah buah mempunyai corak garisan seakan-akan bintang yang ketara.
  • Pembiakkan vegetatif melalui teknik cantuman mata tunas.

Cara Penanaman 

  • Gali lubang tanaman dan taburkan Dolomite + CIRP kira-kira 3 minggu sebelum menanam.
  • Masukkan tanah kompos ke dalam lubang dan gaulkan bersama tanah asal.
  • Potong polibeg dengan berhati-hati dan keluarkan anak benih tanpa merosakkan akar.
  • Letakkan anak benih ke dalam lubang dan tutup dengan tanah yang telah digaul.
  • Taburkan bahan organik di sekeliling pangkal pokok.
  • Pastikan jarak tanaman minimum 11 meter antara satu pokok dengan pokok yang lain.
  • Gunakan baja NPK 15:15:15 setiap 3 bulan bagi menyokong pertumbuhan vegetatif.
  • Apabila pokok mula berbunga atau berbuah, tukar kepada NPK 12:12:17 dan kurangkan baja subur.

Maklumat Pesanan, Penghantaran & Pemulangan

  • Setiap pesanan dihadkan kepada 1–3 pokok bagi setiap varieti.
  • Gambar produk bertujuan untuk rujukan sahaja (saiz anak benih mungkin berbeza mengikut stok semasa).
  • Pokok akan dibungkus dengan rapi di dalam kotak dan diikat dengan selamat sebelum dihantar.
  • Pesanan akan diproses dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
  • Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi dan kaedah penghantaran yang dipilih.
  • Kami menggalakkan pelanggan membuka bungkusan sebaik sahaja diterima.
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah (pokok rosak, mati atau tidak tepat), sila hubungi kami disertai gambar dan video.
  • Permintaan pemulangan boleh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
  • Pembatalan pesanan hanya dibenarkan sebelum barang dihantar.
  • Item yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan asal dan disertakan bukti pembelian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu berkaitan pesanan, sila hubungi pihak kami untuk tindakan lanjut.

Terima kasih.

5.00
Average star rating
2 reviews
4 Stars
0
3 Stars
0
2 Stars
0
1 Star
0

Item diterima dalam keaadan baik

Pokok diterima dalam keadaan baik dan sihat..penghantaran yg pantas dan service terbaik ..Good job !!

Have you used the product?

Tell us something about it and help others to make the right decision

Write a review
Nationwide Delivery

Fresh agro-products delivered across Malaysia!

Quality assurance and service

We offer only those goods, in which quality we are sure

Support Farmers

Empowering Malaysian farmers with every purchase!