MARDI Official Website          

LIMAU NIPIS SEEDLESS

RM15.00
Stocks Available: 10 item(s)
+
BBshoppe MARDI
PENGHANTARAN DAN PEMBELIAN HANYA UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA BUAT MASA INI
ANAK POKOK LIMAU NIPIS SEEDLESS
  • Buahnya dijadikan air minuman yang menyegarkan dan juga dicampur dalam masakan.
  • Buahnya berbentuk kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. 
  • Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.
  • Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita.
  • Boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.
  • Anak pokok tut 
  • Cepat berbuah,berbuah lebat,
  • Kulit nipis dan tak ada biji.

Cara Penanaman 

  • Gali lubang tanaman dan taburkan Dolomite + CIRP kira-kira 3 minggu sebelum menanam.
  • Masukkan tanah kompos ke dalam lubang dan gaulkan bersama tanah asal.
  • Potong polibeg dengan berhati-hati dan keluarkan anak benih tanpa merosakkan akar.
  • Letakkan anak benih ke dalam lubang dan tutup dengan tanah yang telah digaul.
  • Taburkan bahan organik di sekeliling pangkal pokok.
  • Gunakan baja NPK 15:15:15 setiap 3 bulan bagi menyokong pertumbuhan vegetatif.
  • Apabila pokok mula berbunga atau berbuah, tukar kepada NPK 12:12:17 dan kurangkan baja subur.

Maklumat Pesanan, Penghantaran & Pemulangan

  • Setiap pesanan dihadkan kepada 1–3 pokok bagi setiap varieti.
  • Gambar produk bertujuan untuk rujukan sahaja (saiz anak benih mungkin berbeza mengikut stok semasa).
  • Pokok akan dibungkus dengan rapi di dalam kotak dan diikat dengan selamat sebelum dihantar.
  • Pesanan akan diproses dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
  • Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi dan kaedah penghantaran yang dipilih.
  • Kami menggalakkan pelanggan membuka bungkusan sebaik sahaja diterima.
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah (pokok rosak, mati atau tidak tepat), sila hubungi kami disertai gambar dan video.
  • Permintaan pemulangan boleh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
  • Pembatalan pesanan hanya dibenarkan sebelum barang dihantar.
  • Item yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan asal dan disertakan bukti pembelian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu berkaitan pesanan, sila hubungi pihak kami untuk tindakan lanjut.

Terima kasih.

No posts found

Have you used the product?

Tell us something about it and help others to make the right decision

Write a review
Nationwide Delivery

Fresh agro-products delivered across Malaysia!

Quality assurance and service

We offer only those goods, in which quality we are sure

Support Farmers

Empowering Malaysian farmers with every purchase!