CIKU SUBANG
PENGHANTARAN DAN PEMBELIAN HANYA UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA BUAT MASA INI
ANAK POKOK CIKU SUBANG
- Berbentuk bujur panjang, meruncing di hujung dan pangkal buah dan warna kulit perang
- Isi yang manis, berair dan bertekstur halus.
- Ketinggian boleh mencapai sehingga lebih 10 meter.
- Mengandungi karbohidrat, kalori yang tinggi dan kaya dengan zat-zat makanan.
CARA PENANAMAN
- Gali lubang tanaman dan taburkan Dolomite + CIRP kira-kira 3 minggu sebelum menanam.
- Masukkan tanah kompos ke dalam lubang dan gaulkan bersama tanah asal.
- Potong polibeg dengan berhati-hati dan keluarkan anak benih tanpa merosakkan akar.
- Letakkan anak benih ke dalam lubang dan tutup dengan tanah yang telah digaul.
- Taburkan bahan organik di sekeliling pangkal pokok.
- Pastikan jarak tanaman minimum 11 meter antara satu pokok dengan pokok yang lain.
- Gunakan baja NPK 15:15:15 setiap 3 bulan bagi menyokong pertumbuhan vegetatif.
- Apabila pokok mula berbunga atau berbuah, tukar kepada NPK 12:12:17 dan kurangkan baja subur.
Maklumat Pesanan, Penghantaran & Pemulangan
- Setiap pesanan dihadkan kepada 1–3 pokok bagi setiap varieti.
- Gambar produk bertujuan untuk rujukan sahaja (saiz anak benih mungkin berbeza mengikut stok semasa).
- Pokok akan dibungkus dengan rapi di dalam kotak dan diikat dengan selamat sebelum dihantar.
- Pesanan akan diproses dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
- Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi dan kaedah penghantaran yang dipilih.
- Kami menggalakkan pelanggan membuka bungkusan sebaik sahaja diterima.
- Sekiranya terdapat sebarang masalah (pokok rosak, mati atau tidak tepat), sila hubungi kami disertai gambar dan video.
- Permintaan pemulangan boleh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
- Pembatalan pesanan hanya dibenarkan sebelum barang dihantar.
- Item yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan asal dan disertakan bukti pembelian.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu berkaitan pesanan, sila hubungi pihak kami untuk tindakan lanjut.
Terima kasih.
No posts found




