MARDI Official Website          

CRIP ( BAJA PENGGALAK AKAR ) 2KG

RM12.00
Stocks Available: 7 item(s)
+
SAIHAR RESOURCES

PENGHANTARAN DAN PEMBELIAN HANYA UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA BUAT MASA INI


CRIP ( BAJA PENGGALAK AKAR ) 2KG 

  • Baja penggalak akar CIRP adalah baja organik yang digunakan untuk merangsang pertumbuhan akar pada tanaman.
  • Diperkaya dengan fosforus yang membantu mempercepat pertumbuhan akar baru dan meningkatkan daya tahan pokok.
  • Sesuai untuk pelbagai jenis tanaman dan pokok, termasuk bunga dan pokok buah-buahan. 
  • Baja CIRP membantu akar pokok menyerap nutrien lain dengan lebih baik, menjadikan tanaman lebih sihat dan kuat. 
  • CIRP adalah baja tunggal yang mengandungi fosforus, dan mungkin perlu digabungkan dengan baja lain untuk keperluan nutrien lengkap pokok. 


Cara Penggunaan

  • Taburkan 100g hingga 200g serbuk CIRP ke dalam lubang sebelum memasukkan anak benih.
  • Gaul serbuk tersebut dengan tanah di dasar lubang supaya akar terus mendapat sentuhan nutrien sebaik sahaja ia tumbuh.
  • CIRP tidak larut air dengan cepat, jadi ia tidak sesuai dijadikan semburan foliar. Ia mesti berada di dalam tanah untuk berfungsi.
  • Biasanya memadai diaplikasikan sekali setahun atau setiap kali berpindah pasu kerana sifatnya yang tahan lama dalam tanah.
  • Untuk pokok yang sudah ditanam gunakan Teknik Alur.
  • Gali alur kecil atau buat beberapa lubang kecil (poket) di sekeliling hujung kanopi pokok (di mana akar rambut berada).

Maklumat Pesanan, Penghantaran & Pemulangan

  • Setiap pesanan dihadkan kepada 1–3 item bagi setiap varieti.
  • Gambar produk bertujuan untuk rujukan sahaja.
  • Pesanan akan diproses dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
  • Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi dan kaedah penghantaran yang dipilih.
  • Kami menggalakkan pelanggan membuka bungkusan sebaik sahaja diterima.
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah (pokok rosak, mati atau tidak tepat), sila hubungi kami disertai gambar dan video.
  • Permintaan pemulangan boleh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
  • Pembatalan pesanan hanya dibenarkan sebelum barang dihantar.
  • Item yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan asal dan disertakan bukti pembelian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu berkaitan pesanan, sila hubungi pihak kami untuk tindakan lanju

Terima kasih.

No posts found

Have you used the product?

Tell us something about it and help others to make the right decision

Write a review
Nationwide Delivery

Fresh agro-products delivered across Malaysia!

Quality assurance and service

We offer only those goods, in which quality we are sure

Support Farmers

Empowering Malaysian farmers with every purchase!