MARDI Official Website          

BIJI BENIH CILI L5

RM3.00
Out of stock
BBshoppe MARDI

PENGHANTARAN DAN PEMBELIAN HANYA UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA BUAT MASA INI

BIJI BENIH CILI L5 CAPSICUM ANNUUM
  • Mengandungi 206 biji sebungkus.
  • Varieti cili baharu L5 dibangunkan melalui kaedah Pemilihan Biji Tunggal (SSD) hasil kacukan antara dua induk terpilih iaitu Ch 234-14 dan Ch 231.
  • Cili L5 mempunyai saiz pokok yang sederhana iaitu kurang 100 cm tinggi dengan lebar kanopi lebih kurang 90 cm bagi pokok yang matang sepenuhnya.
  • Pokok cili L5 menunjukkan ciri berbuah lebat dan penghasilan buah serentak di samping tangkai buah yang mudah ditanggalkan.
  • Warna buah adalah hijau sebelum matang dan merah selepas matang.
  • Berat buah cili L5 adalah lebih 16.0 g dengan panjang melebihi 13 cm dan diameter melebihi 2.0 cm.
  • Varieti cili L5 juga mempunyai warna dan sifat pengekalan warna yang baik, sederhana pedas dan rasanya yang unik dan sedap menjadikan ia sesuai untuk diproses.
  • Masa percambahan cili sekitar 7 hingga 14 hari selepas semai.
  • Simpan di tempat yang sejuk dan kering.

Maklumat Pesanan, Penghantaran & Pemulangan

  • Setiap pesanan dihadkan kepada 1–3 item bagi setiap varieti.
  • Gambar produk bertujuan untuk rujukan sahaja.
  • Pesanan akan diproses dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
  • Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi dan kaedah penghantaran yang dipilih.
  • Kami menggalakkan pelanggan membuka bungkusan sebaik sahaja diterima.
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah (pokok rosak, mati atau tidak tepat), sila hubungi kami disertai gambar dan video.
  • Permintaan pemulangan boleh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
  • Pembatalan pesanan hanya dibenarkan sebelum barang dihantar.
  • Item yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan asal dan disertakan bukti pembelian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu berkaitan pesanan, sila hubungi pihak kami untuk tindakan lanjut

Terima kasih.
3.00
Average star rating
1 review
5 Stars
0
4 Stars
0
2 Stars
0
1 Star
0

Please refill L5 stocks. Would like to get more of the product.

Have you used the product?

Tell us something about it and help others to make the right decision

Write a review
Nationwide Delivery

Fresh agro-products delivered across Malaysia!

Quality assurance and service

We offer only those goods, in which quality we are sure

Support Farmers

Empowering Malaysian farmers with every purchase!